Tuesday 6 December 2011

Jika aku nakal tapi jangan kata aku bodoh dan hina mungkin juga aku genius?

Aku dapat idea ini bila aku tonton filem hindustan " 3 idiot" pelakon utamanya adalah Ameer khan sebagai seorang saintis dalam bidang fizik dan graduan kejuruteraan dan heroinnya ialah Kareena Kapoor graduan dalam bidang  perubatan. Saya tonton filem ini beberapa kali dan memahaminya bukan sebab filem jiwangnya tapi sebab jalan ceritanya dalam membuat satu reformasi dan revolusi sewaktu dia belajar di kolej dan membantu kawan2nya yang miskin.  Aku masih ingat skrip yang menarik hati ku untuk aku persoalkan sbb aku adalah seorang yg suka berfikir tentang sesuatu perkara dan tidak suka menerima secara membabi buta termasuk dalam aspek ilmu walaupun dari seorang guru itulah prinsipku.  Skrip itu berbunyi " aku hebat dan pandai dalam bidang kejuruteraan walaupun aku nampak nakal sebab aku minat dalam bidang kejuruteraan bukan sebab dipaksa oleh  sesiapa berbanding pelajar yang lain ada yang dipaksa". Dari sini aku faham bahawa jika kita ingin berjaya kita perlu menceburi bidang yang kita minat sebagai kerjaya kita bukan disebabkan saja-saja nak ambil ijazah ataupun dipaksa oleh ibu bapa biarlah kita sendiri yang minat barulah hasilnya luar biasa.  Dalam filem ini juga ada kontradiknya antara pensyarah ameer khan dan dia sendiri dia nampak nakal tapi seorang yang genius berbanding pensyarahnya yang selalu menekan pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh sampai wujud suasan pembelajaran yg stress dan ada pelajar yang membunuh diri dan kehadiran Ameer khan mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok yang lebih praktikal walaupun dia dibenci oleh pensyarah tapi dia akhirnya di hormati oleh pensyarah dan juga kawan2nya dan diakui geniusnya.  Kesimpulanyya, kehebatan seseorang bukan hanya terletak pada pencapaian peperiksaanya bukan hanya pada pendidikannya tapi juga kemahirannya dalam membuat sesuatu reka cipta dan kreatif dan mampu membuat satu revolusi dan reformasi bukan terletak pada pendidikan ataupun anugerah yang banyak tetapi ia mampu dilakukan oleh seseorang yang" biasa-biasa tapi mempunyai pemikiran yang luar biasa".

No comments:

Post a Comment