Tuesday 6 December 2011

Apakah yang dimaksudkan dengan bijak atau pandai atau genius??

Sepanjang masa kita diberitahu oleh ibu bapa, guru, pensyarah bahawa mesti lulus cemerlang dalam peperiksaan jangan ada yang gagal. Seolah-olah ilmu itu hanya kita dapat bila kita lulus peperiksaan sahaja. Kita hanya ada masa depan bila kita masuk universiti lulus cemerlang dalam semua peperiksaan.  Namun aku sentiasa bertanya dalam diriku cukupkah ilmu yang aku dapat jika hanya belajar dan lulus cemerlang dalam peperiksaan tanpa melibatkan diri dalam dunia praktikal ataupun kemahiran.  Ternyata aku mendapat jawapan dan persepsi aku berubah bila aku menonton filem "three idiot" dan aku banyak mengkaji sejarah orang2 yg genius dan hebat bermula dengan Bill gates yg tidak berpelajaran tinggi namun mampu mencipta Microsoft dan Tempat ke-2 Billionaire di dunia yang mempunyai Aset 58 Billion, selepas itu aku kaji sejarah Steve Jobs malah aku tersentuh bila membaca kisah hidupnya yg penuh dengan sejarah hitam dia seolah-olah sampah masyarakat, dibuang dari Kolej dan mengikuti kuliah hanya secara curi-curi, dan kerjanya hanya kutip botol dan tin minuman utk sara hidupnya sampailah dia habis mengikuti kuliah secara tidak formal.  Selepas itu, aku kaji sejarah hidup Albert Einstein merupakan seorang pakar dan terkenal dalam bidang kimia Astronomi dan fizik, sesiapa yang pernah ambil subjek kimia nama Albert Einstein bukan seorang yang asing penemuan yang popular ialah Teori ledakan besar ataupun" Big bang Theory" dan disokong oleh ramai saintis islam termasuk Al-farabi. Albert Einstein seorang yg pendiam dan hanya belajar hingga peringkat Diploma sahaja dan dibuang daripada kolej kerana dikatakan gila tapi selepas itu beliau seorang ahli saintis yang hebat.
Ramai lagi orang genius seperti Thomas edison yang dibuang dari sekolah tapi berjaya mencipta Mentol untuk menjadi sumber cahaya.  Apa yg ingin saya aplikasikan ialah sebagai seorang graduan universiti jangan hanya berbangga apabila mendapat segulung ijazah dan mendapat pekerjaan sudah memadai dan berpuas hati dan memandang rendah kepada mereka yg memiliki kemahiran tetapi tidak memiliki segulung ijazah.  Justeru itu, org yg bijak atau pandai atau genius bukan hanya seorang yang memiliki peringkat pendidikan yang tinggi tapi orang yang bijak dan genius juga adalah orang yang pada mulanya gagal dalam peperiksaan tetapi mampu mengubah hidupnya dan mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang tertentu dan mampu mencipta sesuatu seperti dalam filem Hindustan "3 idiot".

No comments:

Post a Comment