Tuesday 6 December 2011

Biografi dan kehebatan Adi putra( budak genius Malaysia)

Adi Putra, genius matematik

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Mesti ramai yang mengenali Adi Putra, ( kecualilah kalau anda tak baca suratkhabar atau tengok berita ye) seorang insan yang mempunyai bakat dalam Matematik. Baru sebentar tadi saya melayan siri AC? Sempoi. Bukan nak tengok siri tu sangat tapi cuma nak tengok kemampuan Adi Putra. Dari segi kepakaran matematik tak perlu dipertikaikan kerana memang beliau genius tapi saya tertarik dengan sajak yang di deklemasikan ( betul tak ejaan??) . Tak pasti samada sajak tu ditulis oleh beliau atau tidak tapi memang tersirat… Semangat tu..

Layan sajak Adi Putra ‘ Akulah Adiputra’
Peringatan :-
Video ini dapat dilihat sekiranya anda boleh akses youtube. Sekiranya anda melayari blog ini di pejabat, kemungkinan akses kepada youtube di block oleh pihak pentadbir anda. Pergila ke cyber cafe untuk menontonnya.
Ini sajaknya :-
Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa
Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu
ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata

No comments:

Post a Comment